Selamat Datang Ke Hospital Bentong

Hospital Bentong adalah salah sebuah daripada 11 buah hospital di Negeri Pahang. Mula beroperasi pada tahun 1920-an. Daerah Bentong mempunyai populasi lebih kurang 119,000 orang. Jabatan pesakit luar dirasmikan oleh KDYMM Sultan Pahang pada 30 Jun 1966 dan ia berkeluasan 7.8 ekar. Diterajui oleh Dr. Naidu a/l Sannasi

Hospital Bentong komited dalam memberi perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti tinggi kepada semua pelanggan/pesakitnya.  Ia selaras dengan moto Kementerian Kesihatan Malaysia; Kami Sedia Membantu

Didirikan di tengah pusat bandar Bentong. Hospital ini telah mencapai pelbagai anugerah dan pencapaian. Antaranya Pemenang Anugerah Kualiti Ketua Setiausaha Negara (AKKSN) Tempat ke-2 Tahun 2005, dicalonkan sebagai Finalist Anugerah Kualiti Perdana Menteri Tahun 2005, calon Finalist Untuk United Nation Public Service Award 2006 serta Finalist Anugerah Inovasi Peringkat Komanwel ( C.A.P.A.M ) Tahun 2006.

Perkhidmatan Utama Hospital Bentong adalah :-
1. Rawatan  Kecemasan
2. Rawatan Pesakit Luar
3. Rawatan Pesakit Dalam
4. Rawatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental
5. Perkhidmatan Sokongan Klinikal & Bukan Klinikal

Hospital Bentong
Jalan Tras, 28700 Bentong
Pahang Darul Makmur
Nombor Telefon : +6092223333
Nombor Faksimili : +6092224494
Koordinat : N3.5256046, E101.9068847