Cetak

NOTIS PEMAKLUMAN : PERUBAHAN WAKTU MELAWAT HOSPITAL BENTONG

Berikutan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia, HOSPITAL BENTONG mengambil langkah-langkah kawalan berikut bagi mengurangkan risiko jangkitan:
1. Pelawat ke wad dihadkan kepada DUA (2) orang sahaja bagi setiap pesakit dalam satu-satu masa.
2. Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun TIDAK DIBENARKAN melawat pesakit di wad.
3. Pelawat yang ada sejarah melawat negara-negara terjejejas wabak COVID-19 TIDAK DIBENARKAN melawat pesakit di wad.
4. Pelawat yang mempunyai gejala INFLUENZA seperti sakit tekak, batuk, selesema, demam, muntah dan cirit-birit TIDAK DIBENARKAN melawat pesakit di wad.
5. Pelawat yang berisiko tinggi mendapat jangkitan TIDAK DIBENARKAN melawat pesakit di wad melainkan atas sebab kecemasan yang tidak dapat dielakkan.
6. Masa melawat SETIAP HARI TERMASUK CUTI UMUM dipendekkan seperti berikut:

1.00 PETANG HINGGA 2.00 PETANG
5.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG
SARINGAN AKAN DILAKUKAN KEPADA SETIAP PELAWAT DI PINTU MASUK WAD

ARAHAN : PENGARAH HOSPITAL BENTONG