HAK PESAKIT DAN KELUARGA PESAKIT (PATIENT AND FAMILY RIGHTS) HOSPITAL BENTONG
PESAKIT MEMPUNYAI HAK UNTUK:

INFORMASI
• mendapatkan maklumat mengenai hak sebagai pesakit
• mengetahui mengenai status aduan atau pandangan pesakit kepada Hospital

KESELAMATAN DAN JAMINAN
• mendapat penjagaan keselamatan yang optima daripada pihak hospital (dari segi keselamatan hartabenda, fizikal dan kerohanian)

KERAHSIAAN
• Maklumat kesihatan pesakit akan di simpan secara rahsia dan sulit sepanjang masa. Maklumat hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan pesakit sahaja

KUALITI PERAWATAN DAN PERUBATAN
i. RAWATAN
• Rawatan kesihatan akan diberikan dengan penuh kehormatan dan profesional tanpa mengira umur, jantina, etnik, agama dan status ekonomi
• Status perkembangan terkini rawatan dan pelan rawatan yang selanjutnya akan dimaklumkan.
• Mengenalpasti kakitangan yang terlibat di dalam penjagaan pesakit di hospital
• Penglibatan pesakit dan ahli keluarga di dalam perbincangan proses perawatan penyakit.
• Memohon dan berbincang untuk memilih fasiliti atau rawatan yang diperlukan
• Memohon untuk pandangan kedua daripada Kakitangan di hospital ini ataupun daripada hospital lain mengenai penyakit serta rawatan diberikan
• Pesakit yang memerlukan perkhidmatan dan rawatan khusus yang tidak di terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital yang sepatutnya.

ii. UBATAN
• menerima maklumat mengenai ubat yang diberikan
• bertanya jika ada kesangsian mengenai ubat yang diambil

iii. PROSIDUR & PERSETUJUAN
• Mendapat penerangan mengenai pemeriksaan, ujian, rawatan ataupun prosedur yang akan dilakukan sebelum memberikan kebenaran.
• Mengetahui kakitangan yang terlibat di dalam melakukan prosedur tersebut

iv. RAWATAN KESAKITAN
• mendapatkan rawatan yang bersesuaian untuk mengurangkan kesakitan

KEMASUKAN KE WAD
• Diberitahu mengenai tanggungjawab pesakit dan keluarga sewaktu di dalam wad
• Diberitahu mengenai polisi hospital yang berkaitan seperti : waktu dan jumlah pelawat dibenarkan, pembersihan tangan sebelum dan selepas lawatan, larangan merokok, undang-undang meletak kenderaan di dalam hospital, hospital rakan bayi dan ibu serta menghormati hak pesakit lain di hospital

DISCAJ / KELUAR WAD
• Diberitahu mengenai rawatan susulan selepas keluar wad
• Mendapatkan bil terperinci untuk rawatan yang telah diberikan
• Memohon laporan perubatan dengan caj yang di kenakan di pejabat rekod

MENOLAK RAWATAN
• menolak sebarang rawatan atau prosedur yang hendak diberikan tertakluk kepada undang-undang
• menolak bantuan kecemasan/resusitasi bagi pesakit kritikal tahap akhir atau tiada harapan untuk hidup

KEBEBASAN PERIBADI
• Sifat kemuliaan dan privasi pesakit akan dipelihara semasa menerima rawatan dimana disediakan tempatpemeriksaan yang khusus dan terlindung daripada pandangan dan pendengaran orang yang tidakberkenaan
• Ditemani oleh ‘chaperon’ yang terdiri daripada kakitangan kesihatan sendiri ketika pemeriksaan dilakukan.
• Memohon jurualih bahasa jika tidak memahami bahasa perantara (Bahasa Malaysia)
• Menghormati nilai norma dan kepercayaan pesakit di dalam mengamalkan amalan budaya, kerohanian dankepercayaan adat/agama tanpa mengganggu ketenteraman pesakit lain

LAWATAN
• menolak kunjungan pelawat jika dirasakan tidak sesuai
• membawa pelawat dalam jumlah yang tidak terlalu ramai di dalam satu masa
• Kanak-kanak dibawah 12 tahun tidak di benarkan melawat pesakit di wad kecuali bagi kanak-kanak yang memerlukan rawatan perubatan sahaja.

PENYELIDIKAN PERUBATAN
• Membuat keputusan untuk menerima atau menolak sebarang penyelidikan/kajian yang hendak di lakukanterhadap pesakit di peringkat Hospital

PENDERMAAN ORGAN
• Di beritahu mengenai hak pendermaan organ jika status kesihatan pesakit bersesuaian dengan prosedur tersebut.

TANGGUNGJAWAB PESAKIT DAN KELUARGA :
• Memberikan maklumat kesihatan yang lengkap
• Memberikan maklumat peribadi dan keluarga yang mudah dihubungi dengan lengkap
• Terlibat di dalam program kawalan infeksi hospital dan memaklumkan kepada kakitangan yang berkaitan sekiranya mempunyai penyakit yang berjangkit supaya langkah pencegahan perebakan penyakit dapat dilakukan
• Memakai tag tangan yang mengandungi nama, nombor pendaftaran dan wad sepanjang berada di hospital
• Perlu mendapatkan kebenaran melalui kakitangan yang bertugas di wad sekiranya perlu keluar meninggalkan wad untuk urusan peribadi atau kecemasan.
• Mendapat rawatan dalam situasi yang selamat bagi mengelak kecederaan fizikal ke atas pesakit. Jika pesakit mempunyai risiko untuk jatuh, mereka perlu :

1. Meminta bantuan apabila hendak berpindah dari katil ke kerusi dan ke tandas,
2. Menggunakan selipar yang tidak licin,
3. Ditemani oleh seseorang
4. Memastikan penghadang katil di angkat ke atas apabila berada di katil
5. Meletakkan barang – barang peribadi berhampiran dengan mereka

• Menghormati keselesaan pesakit dan keluarga pesakit lain di hospital. Di larang merokok dan merosakkanharta benda hospital
• Dinasihatkan tidak membawa barangan berharga
• Tidak membuang sampah di dalam kawasan hospital

MAKLUMBALAS
Kami amat mengalu-alukan maklum balas dari anda untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kami dari masa ke
semasa. Hubungi kami melalui :

Portal Web Hospital : Portal Hospital Bentong : http://hspben.moh.gov.my/
eAduan : iSPAAA KKM
Surat : Pengarah, Hospital Bentong, 28700 Bentong, Pahang Darul Makmur
Peti Cadangan : di lokasi tertentu di dalam Hospital