Para pelanggan yang dihormati anda adalah keutamaan kami, kami akan memberikan sepenuh komitmen kepada anda seperti berikut :

Pesakit Luar.
1. Anda akan didaftarkan, mendapat nombor giliran dan mnerima rawatan daripada Pegawai Perubatan dalam tempoh tidk melebihi 30 mint berdasarkan program e-Masa KKM.

Anggaran masa 10 minit setiap pesakit untuk proses pendaftaran seperti berikut :-

Proses Kerja : Masa Menunggu
Mendapatkan  Nombor Giliran : 1 Minit
Mendapatkan Kad Rawatan : 5-7 Minit
Proses Rawatan : 2 Minit
Jumlah = 10 Minit (Maksimum)

2. Anda akan didaftarkan untuk kemasukan ke wad dalam masa 30 minit.

3. Anda akan dirawat dengan segera jika ditakrifkan sebagi pesakit dalam ketegori kecemasan berdasarkan istem TRIAGE seperti berikut :-

Kod Masa Menunggu
 MERAH : SEGERA
 KUNING : 5-20 Minit
 HIJAU : 30 Minit - 120 Minit
 PUTIH : Dibawa ke Mortuari (Jenazah / Bilik Mayat)

4. Anda akan dirujuk ke hospital lain yang bersesuaian seberapa segera jika memerlukan rawatan yang tidak terdapat di Hospital Bentong.


Pesakit Dalam.
1. Anda akan ditempatkan di katil dalam masa 10 minit selepas tiba di wad.

2. Anda akan diberikan orientasi dan perkhidmatan semasa di dalam wad serta diperiksa oleh Pegawai Perubatan setiap hari (bagi Wad Psikiatri dan Kesihatan Mental - apabila perlu mengikut keadaan).

3. Anda akan diberitahu oleh pihak hospital 1 jam sebelum discaj (bagi Wad Psikiatri dan Kesihatan Mental - 1 hari sebelum discaj).

Sokongan Klinikal & Bukan Klinikal.
Anda akan diberi layanan dan perkhidmatan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Piagam Pelanggan unit masing-masing.

Peningkatan Tahap Kepuasan Pelanggan.
Bagi meningkatkan tahap kepuasan anda sebagai pelanggan kami, segala cadangan, kepujian dan aduan anda akan diambil tindakan yang sewajarnya dan anda akan dimaklumkan tentang status tindakan dalam masa 4 hari.