Selamat Datang Ke Hospital Bentong

Hospital Bentong adalah salah sebuah daripada 11 buah hospital di Negeri Pahang. Mula beroperasi pada tahun 1920-an. Daerah Bentong mempunyai populasi lebih kurang 119,000 orang. Jabatan pesakit luar dirasmikan oleh KDYMM Sultan Pahang pada 30 Jun 1966 dan ia berkeluasan 7.8 ekar. Diterajui oleh Dr Kamariah Binti Ghazali.

Hospital Bentong komited dalam memberi perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti tinggi kepada semua pelanggan/pesakitnya.  Ia selaras dengan moto Kementerian Kesihatan Malaysia; Kami Sedia Membantu

Didirikan di tengah pusat bandar Bentong. Hospital ini telah mencapai pelbagai anugerah dan pencapaian. Antaranya Pemenang Anugerah Kualiti Ketua Setiausaha Negara (AKKSN) Tempat ke-2 Tahun 2005, dicalonkan sebagai Finalist Anugerah Kualiti Perdana Menteri Tahun 2005, calon Finalist Untuk United Nation Public Service Award 2006 serta Finalist Anugerah Inovasi Peringkat Komanwel ( C.A.P.A.M ) Tahun 2006.

Perkhidmatan utama Hospital Bentong adalah :-
1. Rawatan  Kecemasan
2. Rawatan Pesakit Luar
3. Rawatan Pesakit Dalam
4. Rawatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental
5. Perkhidmatan Sokongan Klinikal & Bukan Klinikal



Pengarah-Pengarah Hospital Bentong





Hospital Bentong
Jalan Tras, 28700 Bentong
Pahang Darul Makmur
Nombor Telefon : +6092223333
Nombor Faksimili : +6092224494
Koordinat : N3.526104, E101.906579