Assalamualaikum & Salam Sihat 1Malaysia

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Hospital Bentong.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah s.w.t, dengan keizinan Nya, Portal Rasmi Hospital Bentong ini telah dapat disiapkan dan boleh diakses oleh orang awam. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada mereka yang dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk menyediakan portal ini. Begitu juga penghargaan saya kepada semua warga kerja Hospital Bentong yang turut menyumbang kepada pengisian portal rasmi ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Objektif utama penubuhan portal rasmi ini adalah untuk memperkenalkan kepada orang awam mengenai Hospital Bentong dan perkhidmatan yang ditawarkan. Pada masa yang sama, portal rasmi ini juga turut menyebarkan maklumat-maklumat korporat Hospital seperti Misi, Visi dan Objektif Hospital Bentong. Portal ini akan sentiasa dikemaskini bagi menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti hospital dan informasi terkini untuk makluman orang awam. Saya berharap portal ini mampu menjadi salah satu saluran komunikasi bagi orang awam behubung dengan Hospital Bentong.

Selaras dengan ungkapan “KAMI SEDIA MEMBANTU”, Hospital Bentong bertekad memberi komitmen dan usaha yang ikhlas dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan secara profesional kepada orang awam. Adalah menjadi harapan kami agar Hospital Bentong menjadi hospital yang menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada orang awam mengikut peredaran masa yang semakin maju.

Akhir kata, saya amat mengalu-alukan sebarang cadangan, penambahbaikan dan pandangan yang membina daripada semua pihak bagi memantapkan lagi perkhidmatan kami.

Selamat melayari Portal Rasmi Hospital Bentong.

"KAMI SEDIA MEMBANTU"
"PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISMA ADALAH BUDAYA KERJA KITA


DR. KAMARIAH BINTI GHAZALI 
SAP., AAP.
Pengarah Hospital
Hospital Bentong