Assalamualaikum & Salam Sihat 1Malaysia

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Hospital Bentong.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah s.w.t, dengan keizinan Nya, Portal Rasmi Hospital Bentong ini telah dapat disiapkan dan boleh diakses oleh orang awam. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada mereka yang dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk menyediakan portal ini. Begitu juga penghargaan saya kepada semua warga kerja Hospital Bentong yang turut menyumbang kepada pengisian portal rasmi ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Objektif utama penubuhan portal rasmi ini adalah untuk memperkenalkan kepada orang awam mengenai Hospital Bentong dan perkhidmatan yang ditawarkan. Pada masa yang sama, portal rasmi ini juga turut menyebarkan maklumat-maklumat korporat Hospital seperti Misi, Visi dan Objektif Hospital Bentong.